Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

21 Apr 2015

Jom Baca Bersama 10 Minit (Let's Read Together for 10 Minutes)

Bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, program Jom Baca Bersama 10 Minit (Let's Read Together for 10 Minutes) akan diadakan serentak di seluruh Malaysia.
Program ini merupakan inisiatif yang diadakan setiap tahun bagi memupuk masyarakat Malaysia dalam minat membaca. 

Untuk program kali ini, Perpustakaan Negara Malaysia dan kesemua Perpustakaan Awam Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan program ini secara serentak pada hari, tarikh, dan waktu yang sama iaitu pada 23 April 2015 (Khamis), jam 10.00 pagi sehingga 10.10 pagi.

Konsep dan pilihan program ini diilhamkan daripada sambutan Earth Hour dimana semua peserta di kehendaki bersama-sama berhenti sebentar (tanpa mengira apa jua aktiviti atau pekerjaan yang sedang dilakukan) dan membaca apa jua bahan bacaan selama 10 minit secara serentak.

Oleh itu, kami pihak perpustakaan IPG Kampus Ipoh berminat untuk turut serta menyahut seruan program ini dengan menggalakkan warga IPG Kampus Ipoh menyertai dan beramai-ramai membaca selama 10 minit di Perpustakaan IPGKI dan dalam sekitar kampus IPG Ipoh.

Diharapkan dengan perlaksanaan program ini dapat memupuk minat membaca di kalangan warga IPG Kampus Ipoh dan juga seluruh masyarakat di Malaysia.

Berikut adalah butiran program tersebut:


Tarikh: 23 April 2015
Hari: Khamis
Masa: 10.00 pagi - 10.10 pagi
Tempat: Perpustakaan IPG Kampus Ipoh dan dalam sekitar IPG Kampus Ipoh




Kedatangan anda ke Perpustakaan IPGKI adalah amat kami nanti-nantikan. Marilah sama - sama kita menjayakan program ini.

0 comments:

Post a Comment