Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

16 Nov 2016

Karnival Semarak Jawi @Perak 2016

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menjemput para pensyarah IPG Kampus Ipoh untuk mengikuti program Karnival Semarak Jawi yang diadakan pada 14 dan 15 November 2016 bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Perak.

Di antara aktiviti yang dijalankan termasuklah "Bengkel Pengkaedahan Tulisan Jawi / Bengkel Seni Khat", "Wacana Jawi : Tulisan Jawi Penzahiran Budaya dan Santunan Budi Masyarakat Malaysia", dan "Bengkel Literasi Maklumat dan Media".

Seramai 30 orang pensyarah dan staf Perpustakaan IPG Kampus Ipoh terlibat di dalam program ini.








4 Nov 2016

Pembikinan Video Korporat IPG Kampus Ipoh

Unit Perpustakaan telah memberi kerjasama dan bantuan kepada Encik Mohd Zaki Bin Jamaluddin (Jabatan Teknologi Pendidikan) dalam proses pembikinan video korporat IPG Kampus Ipoh. Kelihatan Encik Mohd Zaki dan krew sedang bersiap sedia untuk merakamkan tugasan yang diarahkan. Semoga video korporat ini bermanfaat kepada semua warga IPG Kampus Ipoh.





3 Nov 2016

Sumbangan Buku Daripada Universiti Malaya dan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Pada 03 November 2016, Encik Manogran A/L Suppiyah telah ke Universiti Malaya (UM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur untuk menerima sumbangan buku. Tuan pengarah IPG Kampus Ipoh, Tuan Haji Kamarulizham Bin Hazizi turut serta ke majlis sumbangan tersebut. 

Perpustakaan IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak UM dan DBP kerana memberi sumbangan buku tersebut.





2 Nov 2016

Sambutan Deepavali di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh

Pada 02 November 2016, Encik Manogran A/L Suppiyah telah mengadakan majlis sambutan Deepavali di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Beliau membawa makanan tradisi kaum India seperti tosai, idli, maruku dan kuih-muih. Beliau berbesar hati kerana tuan pengarah IPG Kampus Ipoh, Tuan Haji Kamarulizham Bin Hazizi turut sama memeriahkan majlis yang beliau adakan ini. Majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan staf perpustakaan.