Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

26 May 2017

NBOS Perpustakaan Awam Negeri Perak dengan Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh

Pada 26 Mei 2017, Unit Pusat Sumber telah dijemput ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak untuk mengadakan perbincangan (NBOS) program dan aktiviti yang bakal dijalankan pada semester akan datang. Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah diwakili oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber), En. S. Ahmad Suhaimi Bin S. Mohd Said (Penolong Ketua Unit Pusat Sumber  II ) dan En. David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan). Manakala Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri telah dihadiri oleh Tn. Haji Mohammad Nazari Bin Haji Abdul Hamid (Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak) dan Pn. Farahanum Bt Abdul Malek Zaki (Penolong Pegawai Pustakawan). Semoga apa yang dirancang dan dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

23 May 2017

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ Pn. Nor Hasni Bt Yeop Ghazali

Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah minggu ini (22 - 26 Mei 2017) diteruskan dengan mempamerkan koleksi bahan bacaan Puan Nor Hasni Bt Yoep Ghazali dari Unit Pengajian Inggeris. Terdapat buku berunsurkan motivasi, agama, biografi dan pendidikan. Buat para pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh jangan lepaskan peluang mengunjungi pameran ini. Semoga pameran ini memberi inspirasi positif kepada kita semua.                                                       "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"

15 May 2017

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ Pn. Siti Mariam Bt Jaafar

Bermula hari ini 15 Mei 2017 hingga 19 Mei 2017, Pn. Siti Mariam Binti Jaafar mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Lebih kurang sebanyak 110 buah buku yang dipamerkan. Terdapat buku-buku berunsurkan motivasi dan kaunseling, agama Islam, pendidikan dan sejarah Islam. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian beliau dalam meneruskan aktiviti pameran untuk minggu ini. Para pengungjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh jangan ketinggalan untuk mengunjungi ruang pameran dan melihat sendiri koleksi bahan bacaan beliau.
'Bangsa Membaca Bangsa Berjaya'

12 May 2017

Menerima Sumbangan Buku Daripada DBP Kuala Lumpur

Pada 11 Mei 2017, En. David a/l Rayappan (Pembantu Pustakawan Kanan) Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur untuk menerima sumbangan buku. Pihak DBP diwakili oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Omar, Pengarah Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan. Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tersebut.

9 May 2017

Mesyuarat Jawatankuasa Interim Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SK Pasukan Polis Hutan


Pada 6 Mei 2017 (Sabtu), Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) dan Dr. Che Aleha Bt Ladin (Pensyarah Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan) telah dijemput ke Mesyuarat Jawatankuasa Interim Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SK Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta. Pihak penganjur meminta pihak IPG Kampus Ipoh menyediakan dan menyiapkan bahan pameran Pembelajaran Abad Ke-21. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.


Mesyuarat Pusat Sumber Bil. 2/2017

Pada 3 Mei 2017, semua staf Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh telah menghadiri Mesyuarat Pusat Sumber Bil. 2/2017. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin selaku Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan  aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada semester hadapan. Selain itu, staf-staf diperingatkan agar mengekalkan prestasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada pengunjung Pusat Sumber.

Mesyuarat Kerjasama Pertandingan Bowling


Pada 3 Mei 2017, 3 orang staf Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta telah datang ke Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh untuk mengadakan pertemuan dengan wakil kelab KRIS. Tujuannya adalah untuk bermesyuarat bagi mengadakan pertandingan persahabatan permainan bowling. Dalam perbincangan tersebut, pada dasarnya kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan pertandingan pada 24 Mei 2017 jam 2.30 petang bertempat di Ipoh Parade.

8 May 2017

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ Cik Noor Hasiah Binti Sulaiman



Bermula hari ini 8 Mei 2017 sehingga 12 Mei 2017,  Cik Noor Hasiah Binti Sulaiman dari Jabatan Sains Sosial mempamerkan bahan bacaan beliau melalui Aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Buku-buku yang beliau pamerkan berkaitan dengan motivasi, agama, pendidikan, sosial dan pentadbiran. Unit Perpustakaan IPG Kampus Ipoh mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian dan kerjasama beliau dalam meneruskan aktiviti ini. Kepada para pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri koleksi bahan bacaan beliau. Semoga pameran ini dapat memberi inspirasi dan idea kepada para pengunjung Perpustakaan IPG Kampus Ipoh.


'Bangsa Membaca Bangsa Berjaya'

Nantikan aktiviti Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah untuk minggu seterusnya ☺

2 May 2017

Pameran Koleksi Bahan Bacaan Pensyarah ~ Dr. Ganesan A/L Shanmugavelu


Sepanjang minggu ini iaitu 2 - 5 Mei 2017, Dr. Ganesan A/L Shanmugavelu mempamerkan koleksi bahan bacaan beliau di Perpustakaan IPG Kampus Ipoh. Buku-buku yang beliau pamerkan berunsurkan sejarah, pendidikan, politik dan motivasi. Terdapat juga buku biografi dan buku dalam bahasa Tamil. Diharap para pengunjung dapat memanafaat pameran ini. Terima kasih Dr. Ganesan atas kesudian dan kerjasama yang diberikan.

" Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"

Pelantikan AJK Perpustakaan Desa Kg Tersusun Batu 8 Ulu Kinta


Pada 29.4.2017 (jam 9.30 pagi) Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin (Ketua Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) dan En. S. Ahmad Suhaimi Bin S. Mohd Said (Penolong Ketua Unit II Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) telah dilantik menjadi AJK Perpustakaan Desa Kg. Tersusun Batu 8, Ulu Kinta bagi sesi 2017 - 2019. Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan tersebut. Semoga idea dan tenaga dapat disumbangkan kepada masyarakat setempat.

Program 'Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit'

Pada 25 April 2017 ( jam 11.00 pagi -  11.10 pagi ), telah berlangsung secara serentak di seluruh negara Program 'Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit'. Di peringkat Perpustakaan IPG Kampus Ipoh penyertaaan terdiri daripada kalangan pensyarah, kakitangan sokongan dan guru pelatih. Syabas dan tahniah buat semua yang turut serta menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memupuk minat suka membaca walau di mana kita berada.

'BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA'