Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

6 Mar 2018

Bengkel Literasi Media dan Maklumat 2018



Pada 5 Mac 2018, Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan Bengkel Literasi Media dan Maklumat. Bengkel tersebut di adakan di Makmal Simulasi Bestari, IPG Kampus Ipoh. Terdapat dua sesi dalam bengkel tersebut iaitu sesi pagi dikendalikan oleh Cik Noorzaimah Binti Razali manakala sesi petang dikendalikan oleh Cik Nur Aishah Binti Che Raimi. Seramai 22 orang pegawai dan kakitangan Institut Pendidikan Guru IPG Kampus Ipoh dan seorang pegawai daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak yang menghadiri bengkel ini. 

Bengkel ini memberi tunjuk ajar kepada pengguna tentang maklumat di hujung jari. Selain itu, Penceramah juga berkongsi bagaimana menggunakan maklumat yang relevan dan selamat yang tidak melanggar undang-undang seperti penggunaan jurnal ilmiah. Melalui applikasi Overdrive  pula, pengguna dapat membuat pinjaman buku secara online dengan sangat mudah. Aplikasi ini juga menyediakan perkhidmatan koleksi berbentuk audio yang sesuai untuk pengguna Orang Kelainan Upaya (OKU). Keseluruhannya, bengkel ini memberi banyak pendedahan kepada pengguna dalam mengggunakan maklumat seharian dan mengenal pasti maklumat yang sahih.

Tahniah kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih kepada penceramah daripada PNM atas kerjasama yang diberikan. Syabas diucapkan kepada pihak urusetia bengkel ini yang diketuai oleh Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ipoh) dan dibantu oleh En. S. Ahmad Suhaimi bin S. Mohd Said dan Pn. Sabariah bt Khairuddin (Pustakawan). 

0 comments:

Post a Comment