Selamat Datang ke Blog Rasmi Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh....

24 Apr 2024

Program Jom Baca Bersama 10 Minit : Pertandingan Foto Kreatif

 JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024 | PEMBACAAN MELESTARIKAN PERPADUAN | 23 APRIL 2024 | SELASA I PERINGKAT IPGM KAMPUS IPOH.



23 April 2024 - Alhamdulillah, Unit Perpustakaan dapat melaksanakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dengan jayanya.  


Sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit , Unit Perpustakaan IPGMK Ipoh telah mengadakan pertandingan Foto Kreatif kepada semua warga IPGMKI untuk bersama-sama menjayakan program ini secara serentak.


Walau di mana anda berada dan apa jua yang sedang anda lakukan, berhenti seketika dan jom baca bersama 10 minit, pukul 11.00 pagi hingga pukul 11.10 pagi.


Realisasikan slogan #BangsaMembacaBangsaBerjaya dengan membaca sekurang-kurangnya selama 10 minit setiap hari bermula hari ini.


Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga IPGMKI  yang menyertai dan menyokong pelaksanaan program ini walau di mana pun berada.


#MalaysiaMembaca 

#PerpustakaanIPGMKI

#IPGMKIMembaca2024

#PerakMembaca

#PerpustakaanIPGMKI2024

#bacasamasama 

#bangsamembacabangsaberjaya 

#jombacabersama10minit2024


19 Apr 2024

Hebahan : Pameran Big Book & Membaca Bersama Pelajar Unit X7 & Pra-sekolah Seri Mawar Sempena Jom Baca Bersama 10 Minit Tahun 2024

 PAMERAN BIG BOOK & MEMBACA BERSAMA PELAJAR UNIT X7 & PRASEKOLAH SERI MAWAR sempena JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024 PERINGKAT IPGM KAMPUS IPOH.



Semua warga IPGMKI dijemput untuk menyertai Pameran Big Book yang disediakan oleh pelajar Unit X7 IPGMKI. Pameran ini merupakan peluang yang baik untuk menikmati karya-karya kreatif pelajar serta memperkukuhkan semangat membaca.


Dan jangan lupa untuk turut serta dalam program Jom Baca Bersama 10 Minit pada 23 April 2024 (Selasa), dari pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi. Tema program ini adalah "Pembacaan Melestarikan Perpaduan". Ini adalah masa yang tepat untuk berkongsi pengalaman membaca bersama-sama dalam suasana yang menyeronokkan.


Walau di mana anda berada, jangan lepaskan peluang untuk #bacasamasama dengan keluarga, rakan sekerja, kawan-kawan anda, atau membaca secara individu di lokasi anda. Mari kita jadikan pembacaan sebagai amalan yang melestarikan perpaduan dalam masyarakat.


Jom sertai dan teruskan semangat membaca! πŸ“š✨


#MalaysiaMembaca 

#PerpustakaanIPGMKI

#IPGMKIMembaca2024

#BangsaMembacaBangsaBerjaya

#PerakMembaca

#PerpustakaanIPGMKI2024

Hebahan : Pertandingan Foto Kreatif Sempena Jom Baca Bersama 10 Minit Tahun 2024 Peringkat IPGM Kampus Ipoh

 PERTANDINGAN FOTO KREATIF sempena JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024 PERINGKAT IPGM KAMPUS IPOH.



Pertandingan ini terbuka kepada Warga IPGMK Ipoh sahaja.


Imbas QR Code @ klik link https://forms.gle/VUNW53wA5dWPcNP8A

& Muat naik Foto Kreatif anda sedang membaca bersama buku/e-buku @ bahan bacaan yang lain.


Ayuh, sertai program Jom Baca Bersama 10 Minit pada 23 April 2024 (Selasa), pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.


Tema: "PEMBACAAN MELESTARIKAN PERPADUAN".


Walau di mana anda berada, berhenti seketika dan #bacasamasama keluarga, rakan sekerja, kawan-kawan anda atau #baca secara individu di lokasi anda.


#MalaysiaMembaca 

#PerpustakaanIPGMKI

#IPGMKIMembaca2024

#BangsaMembacaBangsaBerjaya

#PerakMembaca

#PerpustakaanIPGMKI2024

Hebahan : Jom Baca Bersama 10 Minit Tahun 2024 Peringkat IPGM Kampus Ipoh

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024 | PEMBACAAN MELESTARIKAN PERPADUAN | 23 APRIL 2024 | SELASA I PERINGKAT IPGM KAMPUS IPOH



Sudahkah anda bersedia untuk bersama-sama kami dalam Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2024? 


Ayuh, rakyat Malaysia kita #bacasamasama pada 23 April 2024!


Walau di mana anda berada dan apa jua yang sedang anda lakukan, berhenti seketika dan jom baca bersama 10 minit, pukul 11.00 pagi hingga pukul 11.10 pagi.

Realisasikan slogan #BangsaMembacaBangsaBerjaya dengan membaca sekurang-kurangnya selama 10 minit setiap hari bermula hari ini.


Membaca Sentiasa Intelektual Diperkasa


#MalaysiaMembaca 

#PerpustakaanIPGMKI

#IPGMKIMembaca2024

#BangsaMembacaBangsaBerjaya

#PerakMembaca

#PerpustakaanIPGMKI2024

4 Apr 2024

Program World #Quran Hour Peringkat IPGM Kampus Ipoh - Tadabbur Surah Al-Jumu'ah

PROGRAM WORLD #QURAN HOUR PERINGKAT IPGM KAMPUS IPOH - TADABBUR SURAH AL-JUMU’AH


Anjuran Unit Perpustakaan IPGMKI dengan kerjasama JK penghayatan Islam IPGMKI.

🌼Sama-sama kita imarahkan bulan Ramadhan ini dgn Program WORLD#QuranHour seperti ketetapan berikut:

πŸ—“ *Tarikh: 4 April 2024 (Khamis) / 24 Ramadan 1445H* 
⏰ *Masa: 9.00 Pagi*
πŸ–₯ *Tempat: Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh

🌼 Bersama kita menambah ilmu dalam menghiasi bacaan Al-Quran.

πŸŽ₯ Saksikan secara live di World #Quran Hour

World #QuranHour 
#SurahAlJumuah
#perpustakaanipgmki
#QuranHourIPGMKI2024

28 Mar 2024

Klinik Kaunseling

26 - 27 Mac 2024 - UPsK IPG Ipoh bersama team kaunselor pelatih USAS, UMT & USIM telah berjaya mengadakan Klinik Kaunseling kerjasama dengan Unit Perpustakaan Ipg Kampus Ipoh

Bertempat di ruang legar Perpustakaan.


Antara aktiviti yang diadakan :

-Ujian Psikologi

-Aktiviti Art Therapy

-Sand Therapy

-Sesi konsultasi

-Aktiviti 'IQ test' 


Tahniah kepada team kaunselor pelatih yang terdiri daripada Sdri Hafida, Sdri Balqis, Sdri El Ain, Sdri Masitah, Sdri Aisya dan Sdri Hamizah.


Terima kasih kepada semua warga kampus yg mengambil bahagian dan yang memberi sokongan terhadap aktiviti ini.


Semoga bermanfaat buat semua..


IPGMKIPOH

Ikhlas Proaktif Gigih Mampan Kebersamaan Intergriti Prihatin Optimis Harmoni


#klinikkaunselinguspkipgmki

#ipgki_sederap_melakar_kecemerlangan

#emosisihatprestasihebat

#leadingfuturemodelteacher

21 Mar 2024

Penerbitan Buku : Tahniah Pn. Ros Anita Kartini

 TAHNIAH ATAS PENERBITAN BUKU!!πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰



Unit Perpustakaan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn Ros Anita Kartini binti Mohamed dan Dr. Hasnah binti Awang, Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPGMK Ipoh atas penerbitan buku yang berjudul ‘Keterampilan Bahasa’.


Buku ini telah didaftarkan hak milik dan diterbitkan dibawah penerbitan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh bernombor ISBN 978-967-2863-52-6.


Penyerahan sebanyak 7 naskah telah diterima oleh Ketua Pusat Sumber, En. Badrul Hisham bin Ahmad Sukar. Sebanyak 5 naskah hasil penerbitan ini akan diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia sebagai koleksi negara mengikut Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan, 2 naskah akan menjadi koleksi di Perpustakaan IPGMK Ipoh.


Ini merupakan pencapaian yang mengagumkan. Unit Perpustakaan berharap buku yang diterbitkan ini dapat mencapai kejayaan yang besar dan memberikan manfaat kepada ramai pembaca.


'Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa'


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki

#penerbitanbuku2024

20 Mar 2024

Resensi Buku @ Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh : Dr. Kamaruddin bin Ilias

 RESENSI BUKU @ PERPUSTAKAAN IPGMKI


Resensi Buku Dr Kamaruddin

✒️Judul: Asas penyelidikan Pendidikan : Konsep dan Amalan untuk PISMP Institut Pendidikan Guru


πŸ“½️Disampaikan oleh: Dr. Kamaruddin bin Ilias, Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi, IPGMKI.

  

#ResensiIPGM #IPGMMembaca #MalaysiaMembaca

#ResensiIPGMKI #IPGMKIMembaca #PerpustakaanIPGMKI

18 Mar 2024

Sumbangan Buku : Terima Kasih En. Azhar

 TERIMA KASIH : SUMBANGAN BUKU πŸ“šπŸ“š



18 Mac 2024 – Unit Perpustakaan berbesar hati menerima sumbangan buku-buku daripada En. Azhar bin Osman, Ketua Jabatan, Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGMKI.


Untuk makluman, En Azhar akan menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awan pada 21 Mac 2024 dan beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pusat Sumber, IPG Kampus Ipoh pada tahun 2014 hingga 2015.


Sumbangan buku ini kini menjadi sebahagian daripada koleksi di Perpustakaan IPGM Kampus Ipoh. Terima kasih atas sumbangan yang berharga ini.


"Membaca Sentiasa, Intelektual Diperkasa"


#perpustakaanipgmki

#libraryipgmki2024

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithefirst

#membacavaksinminda

#sumbanganbuku2024

8 Mar 2024

Majlis Bacaan Yasin Mingguan dan Soal Jawab Fiqh Ramadan

 MAJLIS BACAAN YASIN BULAN MINGGUAN 2024 DAN SOAL JAWAB FIQH RAMADAN IPGM KAMPUS IPOH.

8 Mac 2024 - Majlis Bacaan Yasin Mingguan telah diadakan di Perpustakaan IPGMK Ipoh dengan penuh keberkatan. Bacaan Yasin telah diketuai oleh AF Ustaz Khairil Izuan bin Ibrahim, pensyarah akademik Jabatan JAPIM.


Sehubungan dengan bulan Ramadan yang semakin hampir, dalam Kapsul Rohani ini peserta berpeluang menimba ilmu Fiqh Puasa Ramadhan melalui sesi soal jawab yang disampaikan oleh S.S Dato' Hj. Asad bin Awang, pakar di Majlis Fatwa Negeri Perak.


Semoga majlis ini memberi manfaat yang besar kepada semua peserta dan mempersiapkan rohani mereka untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia.


#perpustakaanipgmki 

#perpustakaanipgmki2024 

#membacavaksinminda 

#bacaanyasin